Saturday, March 30, 2013

MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA!


JOM BELAJAR Membuat perangkap Nyamuk Yang Mudah DAN Menentang Nyamuk ADEAS DAN DENGGI.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml udara
50 gram gula bebek,
1 gram Bacteria (Bacteria ibu roti, Boleh KETERANGAN di pasar raya) dan
1 Botol Plastik 2-liter.

Bagaimana Caranya:








1. Potong Botol Plastik (jenis PET) pada separuh.Simpan change Leher

2. Campurkan gula bebek dengan Air Panas.

3. Tambah Bacteria. Tidak perlu untuk digaul bersama. Ia akan Menghasilkan Karbon         dioksida.

4. Letakkan corong change, terbalik, ke dalam separuh Botol tadi.

5. Bungkus dengan Botol Sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
    

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah penghapusan nyamuk dan             penghapusan nyamuk yang mati di dalam Botol.
















:-Selamat mencuba!

Friday, March 29, 2013

Kasih Sayang/Kekeluargaan


     Khairul mempunyai seorang kakak. Namanya ialah Anis. Usianya lima tahun lebih tua daripada Khairul. Suatu hari,untuk mendapatkan seutas jam tangan yang menjadi rebutan orang ramai pada ketika itu,Khairul telah mengambil RM10 dari poket seluar ayahnya secara sembunyi. Petang itu,setelah keduanya pulang dari sekolah,ayahnya iaitu Pak Karim,telah memanggil mereka berdua di halaman ruang tamu di rumah mereka. Dia mengarahkan Khairul dan kakaknya,Anis, berdiri di tepi dinding. Khairul menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayahnya. “Siapa ambil duit ayah?”tanya ayahnya bagai singa lapar. Malangnya,Khairul langsung tidak berdaya untuk menentang renungan tajam mata ayahnya. Kedua-dua mereka hanya membisu dan tunduk memandang lantai.

       “Baiklah,kalau tidak mengaku,dua-dua ayah rotan!”sambung ayahnya lalu mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang Khairul. Tiba-tiba Anis menangkas tangan ayahnya dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Kakak yang ambil!”belum sempat Anis menarik nafas selepas mengucap kata-kata itu, ‘zappp…!’hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh Anis yang kecil itu. Khairul tergamam melihat kakaknya dirotan ayah. Manakala lidahnya pula kelu untuk bersuara. Walaupun perit menahan sakit,setitis pun airmata kakaknya tidak tumpah. Setelah puas melihat Anis terjelepok di lantai,ayahnya merungut “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.Apa lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar nanti?!”

    Malam itu,ibunya iaitu Mak Timah,dan Khairul tak lepas-lepas memeluk Anis. Belakangnya yang berbirat akibat di rotan ayah cuba mereka ubati. Namun,Anis cukup tabah. Setitis pun airmatanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk itu. Melihat keadaan itu,Khairul meraung sekuat hati,kesal dengan sikapnya yang takut berkata benar. Anis segera menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya lalu berkata, “Jangan menangis dik,semuanya sudah berlalu!”Khairul mengutuk dirinya kerana tidak mampu menanggung kesalahannyan sendiri.

     Tahun silih berganti,peristiwa kakaknya dirotan oleh ayah kerana mempertahankan dia bagaikan baru semalam berlalu. Ianya masih segar di ingatan Khairul walaupun usianya sudah menginjak belasan tahun. Anis telah  mendapat tawaran ke kolej manakala Khairul telah mendapat tawaran untuk ke pra-universiti.

Malam itu,Pak Karim duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama Mak Timah di ruang tamu. Khairul terdengar ayahnya berkata kepada ibunya, “Mah,kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.Abang bangga sekali!”. “Tapi apalah maknanya..!” tiba-tiba Khairul terdengar ibunya teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit untuk membiayai pelajaran mereka?” Ketika itulah,Anis keluar dari biliknya. Dia beranikan diri untuk berdiri di depan ayah dan ibunya lalu berkata  “Ayah,kakak tak mahu ke sekolah lagi!”Perlahan-lahan ayahnya bangun lalu membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah isterinya,kemudian wajah Anis dalam-dalam.  ‘Panggg..!’satu tamparan free singgah di pipi Anis. Seperti biasa yang mampu Khairul lakukan ialah menutup mukanya dan menangis.

  “Kenapa kamu ni?!Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu pun,ayah sanggup!”.  “Kakak kena bersekolah.Kalau tidak,kakak takkan dapat membawa keluarga kita ini keluar daripada kemiskinan.Macam ayah kamu ni! Tak dapat membawa keluarga ayah untuk keluar daripada kemiskinan!” “Kamu mahu ke jadi seperti ayah?” Khairul segera menuju ke arah kakaknya dan memujuk kakaknya tatkala menyapu minyak pada pipi kakaknya yang bengkak itu. “Kakak,nak dapat peluang untuk ke kolej bukannya senang. Biarlah adik sahaja yang berhenti sekolah.”

  Tiada siapa yang menyangka,pada malam itu Anis tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas katil tempat dia lelapkan mata,terdapat sehelai kertas yang tercatat…

  “Adik,peluang untuk ke universiti itu lebih susah berbanding peluang yang kakak dapat ini.Kakak akan cari kerja dan kirimkan wang buat adik,ya?Adik jangan lupa jaga ibu dan ayah..”

  Apa lagi yang Khairul tahu selain meraung. Ayah hanya mampu termenung. Wajahnya yang sugul sudah cukup jelas menggambarkan bahawa dia sangat kecewa dengan tindakan kakak yang terburu-buru. Begitu juga ibunya yang menggunakan airmatanya untuk memujuk ayah.

  Suatu petang ketika berehat  di universiti,teman sebilik Khairul menerpa ke arahnya lalu berkata “Ada gadis kampung tunggu kau kat luar!”. “Gadis kampung? Siapa ya? Setahu aku,kekasih hati pun aku tiada. Gadis dari mana pula ya?”bisik Khairul. Dengan tergesa-gesa Khairul keluar dari bilik. Dari jauh Khairul nampak kakaknya berdiri dengan pakaiannya yang comot dipenuhi lumpur dan simen. Hati Khairul berasa sangat girang.

   “Kenapa sebut orang kampung,sebutlah kakak yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab,”Adik lihatlah pakaian kakak ni. Apa yang akan kawan-kawan adik kata kalau mereka tahu kakak ini adalah kakak adik?” Jantung Khairul terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapan kakaknya itu. Khairul cukup tersentuh. Tanpa sedar,airmatanya mengalir di pipi. Khairul kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian kakaknya. Dalam nada suara yang sederhana kuat,Khairul bersuara, “Adik tak peduli apa orang lain kata”.Anis tersenyum senang dengan kata-kata adiknya. Dari kocek seluarnya, Anis mengeluarkan jam tangan yang baru dibelinya sambil berkata, “Adik,pakailah jam tangan daripada kakak ini walaupun harganya murah,tapi bentuknya cantik!.Kakak tengok ramai pemuda yang sebaya dengan adik pakai jam G-SHOCK ni.Jadi kakak beli satu untuk adik.Adik pakai ya..” Khairul kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Khairul memeluk erat kakaknya. Baju lusuh yang dipakai oleh Anis habis dibasahi dengan airmata Khairul yang tidak dapat ditahan lagi.

  Tamat semester,Khairul pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Khairul lihat tingkap dan dinding rumahnya bersih,tidak seperti selalu. “Ibu,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik”.

Ibunya menjawab, “Kakak kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka”.

  Khairul yang terkejut mendengar khabar itu terus berlari  menerpa ke bilik Anis. Anis yang sedang melipat pakaiannya untuk disusun di dalam almari tersenyum melihat adiknya yang termengah-mengah di hadapan pintu biliknya. Mereka bersalaman dan berdakapan untuk seketika. “Sakit ke?”.Khairul bertanya kepada kakaknya sambil memeriksa luka pada tangan kakaknya itu. “Tak..Adik tahu,semasa kakak bekerja sebagai buruh kontrak,kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh kakak sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha kakak untuk bekerja keras.” Apalagi…Khairul menangis seperti selalu.

  Khairul berkahwin pada usianya 25 tahun. Isteri Khairul seorang usahawati yang sangat sukses di kota. Walaupun begitu,isterinya tidak pernah riak dan bongkak akan kelebihan yang diperolehinya itu. Malah,dia juga seorang yang sangat mementingkan kesederhanaan dan rendah diri. Isterinya juga telah menawarkan jawatan pengurus kepada Anis. “Kalau kakak terima jawatan tu,apa kata orang lain?”kata Anis. “Kakak tidak berpelajaran tinggi. Biarlah kakak bekerja dengan kelulusan yang kakak ada sekarang.”

  “Kakak tak ke sekolah pun kerana adik”.Kata Khairul.  “Kenapa sebut kisah lama,dik?”kata Anis dengan ringkas,cuba menyembunyikan kesedihannya.

   Anis terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai seorang petani setelah ayahnya meninggal dunia. Malah,Anis jugalah yang menjaga ibu mereka yang semakin tua dan uzur. Pada majlis perkahwinannya dengan  jejaka sekampung,juruacara majlis bertanya,  “Siapakah orang yang paling kamu sayangi?”spontan Anis menjawab, “Selain ibu dan ayah,adik saya…”.katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati….

  “Semasa sama-sama bersekolah rendah,setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari,saya menyatakan hasrat saya yang teringin untuk makan buah durian kepada adik. Hidup di sebuah kampung yang di kelilingi dengan sawah padi,mana hendak kami cari buah durian tersebut melainkan terpaksa masuk ke dalam hutan ataupun beli sahaja buah tersebut di Bandar yang berdekatan. Oleh disebabkan kami hidup dalam serba kekurangan,sudah tentu kami tidak mampu untuk membelinya walaupun sebiji. Kata arwah ayah, 

‘duit ini sangat penting untuk kita sekeluarga.Oleh itu, kita harus berjimat cermat dengan duit yang kita ada sekarang’

Melihat saya yang kekecewaan,adik meluru masuk ke hutan demi memenuhi keinginan hati saya.Malangnya pada petang itu,adik membawa sebiji buah durian dengan penuh keperitan di badannya.Apabila ditanya mengapa,dia menceritakan peristiwanya yang disengat oleh tebuan apabila sasarannya tersasar ke arah sarang tebuan.Akibatnya,dia telah disengat oleh tebuan-tebuan tersebut.”cerita Anis kepada juruacara tersebut. 

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan adik saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila. Jika dia mampu untuk buat saya gembira pada hari itu,sehingga akhirnya diri dia yang tersakiti,kenapa tidak saya melakukan perkara yang sama untuknya? Cuma saya tidak akan pernah rasa sakit sekiranya saya terpaksa menjaga insan yang saya sayangi ini walaupun hingga ke hujung nyawa saya.”sambung Anis dengan segaris senyuman yang terukir di bibirnya.

Sebaik sahaja Anis tamat bercerita,Khairul meluru ke pelamin lalu terus mendakap kakaknya erat bagaikan tidak mahu dilepasnya lagi.

Wednesday, March 20, 2013

TUKAR KERJA

As-salam.. emm aq skarang tengah konfius sama ada nk berhenti keje cyber cafe ker x?? dengan keadaan gaji aq skrg?? asik x ckop2.. haha aq pkir aq nk keje balik kt snow walk kt I-CITY jer.. tmpt keje aq lame.. tpi aq takut aq pulak yg x larat.. ermm pening2.. tpi aq rase bebaloi sebab keje kt I-city pon gaji nyer boleh tahan.. mungkin cukop kot untuk perbelanjaan aq..







errmmm.. rindu pulak aq dgn kesejukan.. wktu dulu.. haha tpi dulu pon aq, banyak mengeluh... sbb mcm2.. laa hahah tpi skrg rindu lak nk keje sane balik?? haha tpi x tau laa kalau aq mintak keje kt I-CITY pon blom tentu dapat.. hihihi 





















gambar dulu2.. suke buat keje bodo2.. hahaha 

Friday, March 15, 2013

NAK EXERCISE TAPI TIDAK ADA MASA


Pada zaman sekarang, yang sudah banyak berubah dari segi teknologi & bermacam-macam lagi dari pada pandangan aq. zaman yg banyak kemudah ni  kehidupan manusia akan semakin malas. lagi-lagi dgn ader fast food, kedai makanan yg bersepah.. merate tempat.. cume harga jer yg berbeza-beza.  sebab tu makin banyak orang gemuk dikalangan kite.. dengan x jage aturan pemakanan dan x berpantang pasal makanan. sume men sebat jer.. selain itu, yer laa kn ekonomi negare kite pon semakin pesat.. may be x der mase untuk exercise busy! busy! busy! ... keje! keje! keje! come on laa.. cari duit tetap cari duit tapi kesihatan pon kene jage right.. kalau sakit nanti kaye mcm maner pon blom tentu dapat disembuhkan.. 




badan sihat, otak sihat, tengok mcm mane penting nyer kesihatan. ok zaman sekarang yg dh bermacam-macam kemudahan yg kite ader kenape x di gune kan dgn seelok-elok nyer. contoh nye kemudahan internet. KUASA DI HUJUNG JARI.. hahaha btol x skrg dgn 1 klik jer dh mcm kite boleh tahu mcm-mcm.. jadi x salah kite cari video yg blh beri kite contoh untuk exercise.. seperti video kt bawah... yg dijar oleh Mike Chang dalam sixpackshortcuts.com



bayangkn seseorg yg daripada gemuk boleh jadi abang tough... hahaha kenape Mike Chang boleh dan mampu melakukannye tpi knpe kite x leh..  luuu pikir laa sendiri
bende x kn berubah kalau kite x berusaha untuk melakukan nya
as-salam

Thursday, March 14, 2013

kerja online

      as-salam.. banyak orang belum tahu bahawasanya kerja mengadap komputer & online ni adalah perkara yang jarang kite jumpe.. sebab kebanyakan orang lebih nampak kerja dalam bidang yang nyata.. seperti bekerja sebagai mekanik, doctor, penguat kuasa, atau apa-apa saja. tetapi kite belum sedar dizaman sekarang orang yang pandai adalah orang berjaya. pada pengalamam aq sendiri .. yg bekerja kat cyber cafe.. tengok budak2. dari darjah 5 sampai tinggkatan dah pandai main HACKS.. men GAME ONLINE & dari situ dier org ader income sendiri.. sambil men game sambil cari duit tepi..haha aq pon x tau buat mcm, tu..

macam tu pon, korang bayangkan laa ader sorang budak tinggkatan 3 dh pandai buat blog, vlog, HACKS, ader peges sendiri kt FB, ader web sendiri kt xesion-tube.com yg sekarang ni tengah belajar kt skolah menengah teknik kt shah alam kot.. haha dan just call him zaki.



                                              ni laa web nyer haha.....

daripada yg aq dengar, zaki ni dapat untung dari sewe iklan, kt web dier.. DAN!! aq terlupe amy member zaki gak yg selalu lepak dgn zaki dak tu pon blh tahan hebat nyer gak.. tahu pasah html code.. pasal serve. virus mcm2.. lg laaaa hahaha  & baru2.. aq dgr kabar berite ade orang luar ajak dier buat vlog.. yg pasti bkn orang negara ni.. x silap[ aq orang australia.. kot.. bayang kan laa budak baru berumur 19 thn dh berurusan dgn orang luar.. hebat kn.. hahaha


selain zaki aq ader membe yg lain jugak yg keje online.. tapi dier berbeza sedikit.. name beliau nazim.. dier keje di cyber cafe dgn aq.. tapi aper yg berbeze nyer smbil dier keje jage cyber cafe.. dier buat job tepi .. dalam post berita online dalam FB under http://mynewshub.my/ dan aq dgr ianya dibayar oleh kerajaaan...




kerje dier.. jage pages.. mcm pages Awak,kalau awak marah saye jangan lame2. nanti saye rindu,, selemat malam semua.. bnyk lg laa.. then tulis tajuk kt status lps tu link kn kt mynewshub dari situ laa org dapat berite..